Rabu, 16 Maret 2011

Sebuah Bingkisan Doa

Ya Allah…..
Seadainya telah engkau catatkan..
dia miliku, tercipta buatku…
satukanlah hatinya dengan hatiku..
titipkanlah kebahagian antara kami…
agar kemesraan itu abadi..
dan Ya Allah.. Ya Tuhanku..
yang Maha Mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini..
ketepian yang sejahtera dan abadi…


Tetapi Ya Allah..
seandainya telah engkau takdirkan..
dia bukan miliku..
bawalah ia jauh dari pandanganku..
luputkanlah ia dari ingatanku..
dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Serta Ya Allah..
Ya Tuhanku…
yang Maha Mengerti…
berikanlah aku kekuatan..
melontar beyangannnya jauh ke dada langit..
hilang bersamam senja nan merah..
agarku bisa bahagia…
walaupun tanpa bersama denganya..


Dan Ya Allah yang tercinta..
Gantikanlah yang telah hilang..
tumbuhkanlah kembali yang telah patah..
walaupun tidak sama dengam dirinya…


Ya Allah ya Tuhanku…
pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan..
adalah yang terbaik untukku..
kerana engkau Maha Mengetahui..
segala yang terbaik buat hamba Mu ini…



Ya Allah..
cukuplah engkau saja
yang menjadi pemeliharaku..
di dunia dan di akhirat..
dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini..
jangan engkau biarkan aku sendirian…
di dunia ini mahupun di akhirat..
menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang
beriman…
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup..
ke jalan yang engkau redhai..
dan kurniakanlah padaku keturunan yang sholeh…

Tidak ada komentar:

Posting Komentar